Sunday, December 14, 2008

Tema dan Persoalan Cerpen Pusaran

Tema dan Persoalan

Tema
o Tema cerpen Pusaran ini ialah kasih sayang seorang kanak-kanak terhadap lembu peliharaannya.

Persoalan
o Kemesraan antara Junid dengan Pusaran
Persoalan ini dapat dikesan sepanjang penceritaan cerpen ini. Contohnya ketika Junid menyeru nama Pusaran,Pusaran seolah-olah memahami seruannya,berlari kencang ke arah Junid dan apabila Pusaran telah sampai ke tempat Junid,Pusaran akan menjilat-jilat tangan Junid dan Junid akan membalas dengan menggosok panjang belakang Pusaran.(Rujuk muka surat 99-102).

o Kasih sayang ibu dan ayah
Dapat dikesan apabila Mohsin sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk merawat Pusaran yang sakit demi Junid yang turut terganggu kesihatannya kerana seperti kebiasaannya Junid hanya sembuh jika Pusaran sembuh.
Selain itu,Musalmah juga turut menonjolkan sifat kasih sayang terhadap anak-anaknya.Musalmah sentiasa menyediakan santapan untuk anak-anaknya dan menyediakan pakaian untuk Junid apabila Junid bermain-main dengan Pusaran.(Rujuk muka surat 101, perenggan 2)

o Kerajinan
Abang Junid(Junaidi) rajin menjaga kambing-kambing peliharaan mereka.Dia juga turut dibantu oleh adik-adiknya yang lain iaitu Rashid dan Adi.Selain itu mereka juga bersama-sama membantu ayah mereka menguruskan lembu-lembu yang dipelihara.

o Hidup Bermasyarakat
Dapat dikesan semasa penduduk kampung menjalankan ibadah korban.Ramai penduduk kampung bersama-sama membantu melaksanakan korban di Hari Raya Haji tersebut.(Rujuk muka surat 109-110)
o Kepercayaan karut
 Kepercayaan penduduk kampung yang mengatakan Junid dan Pusaran anak kembar.Kepercayaan ini muncul disebabkan kenyataan Pak cik Kar yang merupakan seorang bomoh tua yang buta.Mohsin hampir terpengaruh dengan kenyataan yang diberikan oleh Pak cik Kar tetapi mujurlah dia tidak mempercayai kata-kata bomoh itu.
o Kesedaran terhadap pendidikan
 Kurang dapat dikesan dalam perenggan ke-5 muka surat 103. Antara petikan ayat dari perenggan ini ialah ć…želajaran setakat tulis baca itu sudah cukup?/I> .Ini membuktikan kesedaran ibu bapa Junid tentang kepentingan pendidikan adalah sedikit.

No comments: