Monday, December 15, 2008

Latar Cerpen Pusaran

LATAR

LATAR TEMPAT

Cerpen ini berlatarbelakangkan kehidupan di sebuah kampung yang masih mundur di Gung Nibung. Suasana kampung digambarkan menghijau melalui gambaran sawah padi dan rumput-rumput nipis di tengah padang yang tempat pusaran merenggut rumput.

LATAR MASA

Latar masa yang digambarkan ialah sewaktu dan selepas perayaan Hari Raya Korban. Ia digambarkan melalui suara takbir dan upacara penyembelihan haiwan.

Pengarang juga ada menggambarkan beberapa peristiwa yang berlaku sebelum empat bulan lagi Junid dimasukkan ke sekolah sehinggalah pertengahan tahun persekolahan.

LATAR MASYARAKAT

Cerpen ini berlatarbelakangkan masyarakat Melayu desa yang masih mengamalkan cara hidup tradisional.

Penduduknya masih bergantung kepada kegiatan pertanian di samping menternak haiwan. Mayarakat tersebut juga digambarkan masih mempunyai sistem kepercayaan terhadap institusi bomoh.

Masyarakat tersebut juga digambarkan tidak mementingkan persekolahan anak-anak. Contohnya Mohsin yang beranggapan bahawa dengan memiliki haiwan ternakan dan tanah ladang sudah mencukupi bagi mereka. Mereka menganggap bahawa anak-anak perlu dijadikan pembantu untuk melakukan kerja-kerja menternak dan bertani.

No comments: