Sunday, December 14, 2008

Gaya Bahasa Lambaian Malar Hijau

GAYA BAHASA
Personifikasi~memindahkan sifat manusia kepada benda-benda biasa atau yang bukan hidup.

 Kabus pagi yang sejuk mengucup mesra jiwa Daneng.
 Kemesraan suria perlahan-lahan mendakap kehalusan kabus pagi

Metafora~merupakan perbandingan yang tidak jelas(tanpa bak,seperti, umpama ,ibarat)

 Manik-manik peluh
 Rantai keresahan
 .....diselubungi awan kerisauan

Simile~perbandingan langsung terhadap sesuatu keadaan

 Seperti seekor rerama yang terbang bebas
 Bagai seorang pemburu gagah.

Perlambangan~menerangkan sesuatu dengan menggunakan benda-benda lain.
 Engkau bunga bangsa belantara ini
 Atau mengeji tingkah hitam segelintir manusia.
Peribahasa
Terdapat penggunaan peribahasa yang telah diterbalikkan iaitu bara digenggam perlu menjadi arang.Sepatutnya genggam bara api biar sampai jadi arang .

Pengulangan~sama pengulangan ayat ungkapan baris dan rangkap.

 Tidak!Tidak!Aku mesti melaksanakan tugas!
Milik kami bersama,milik kami bersama

No comments: