Monday, December 15, 2008

Sinopsis Pusaran Karya S.Othman Kelantan

Sinopsis

Cerpen Pusaran mengisahkan keakraban hubungan Junid dengan anak lembu jantan yang diberi nama Pusaran.Junid menghabiskan sebahagian besar masanya bermain-main dengan Pusaran.Antara Junid dan Pusaran terdapat pertautan yag aneh.Jika Pusaran sakit,Junid turut sakit.Menurut Pak Kar,bomoh buta di kampung mereka,menyatakan bahawa Junid dan Pusaran merupakan anak kembar tetapi tidak dipercayai olh bapa Junid,Mohsin dan isterinya,Musalmah.Mereka menghantar Junid ke sekolah dengan harapan Junid dan Pusaran akan berenggang.Namun,harapan itu tidak jadi kenyataan. Perhubungan mereka tetap akrab dan mesra.Menjelang Hari Raya Haji,Mohsin telah menjual Pusaran untuk dijadikan korban.Junid menyedari kehilangan Pusaran segera mencari Pusaran sambil menangis.Pusaran akhirnya menemui Pusaran yang telah dibaringkan,bersedia untuk disembelih.Junid terus meluru ke arah Pusaran dan memeluk leher Pusaran dengan erat dan meminta agar dia disembelih bersama Pusaran.Apabila melihat kejadian itu,Tuan Haji Subki membatalkan korban itu dan menegur Mohsin kerana tidak berbincang dengan Junid mengenai perkara itu kerana dia tahu pasti perbuatan ini akan merosakkan hati Junid dan di hadapan semua orang ,Mohsin berjanji bahawa dia tidak akan memisahkan


No comments: