Monday, July 21, 2008

Innerlog Bermonolog Dari Mira Ke Arca

Innerlog Bermonolog Dari Mira Ke Arca

Sunyi, sepi, aku termangu
Di keheningan
pekat malam
Di kamar kelam dan berdebu
Kutatap
cermin kaca
Sekilas, kulihat sekelibat bayangan
Aku tercegat, takut

Apakah aku bermimpi ?

Kubuka langkah seribu
Meninggalkan bayangan itu
Yang taat memburuku
Aku terpaku di suatu penjuru
Bayangan itu berdiri membelakangiku
Tidak...Tidak… !!!

Jangan ganggu aku… jangan ganggu aku
Siapakah kau yang sebenarnya ?
Pontiana
kkah? Jembalangkah? Pocongkah?
Ah, jangan...jangan...
jangan ganggu aku !!!
Pergi ! Pergi !
Pergi aku kata.

Aku menoleh ke arahnya
Lalu kami bertentang mata
K
au pejuang… Kau pejuang…Kau pejuang
Usah kau lupa kau ádalah pejuang
Ingat itu
Kau pejuang, kau pejuang, kau pejuang!!!

Pejuang apa? Pejuang apa? Pejuang apa ? Katakan?
Apa ada padaku?

Usah kau tanya aku
Tanya dirimu sendiri?

Bagaimana?
Aku tak bisa menemukanmu
Mengapa kau taat memburuku?

Kerana kau pejuang

Tapi aku bukan pejuang!

Kau ádalah pejuang !

Mana kau tahu aku pejuang?
Sedangkan aku bukan pejuang?

Sebab aku memburu kau
Kau tahu itu bukan?

Kita
adalah satu

Pejuang? Aku pejuang?
Ia memburu kerana dia atau aku
yang pejuang?
Ia itu apa,
katakan siapa?
Ah!!!!

Wahai pejuang
Akulah keinsafan
Tak perlu kau ragu akan hadirku

Aku tak memburu
tetapi sentiasa di sampingmu

Tapi kau..!!!

Aku yang mencarimu.
Aneh bukan ?
Wahai pejuang!
Lihatlah Tuhan yang menjadikan
Lahirmu ke dunia bukan cuma-cuma
Kau adalah pejuang agama, bangsa dan negara
Renungilah apa yang ada sekelilingmu
Lihat bangsamu yang semakin hari semakin SEKsa
Renungilah, Perhatikanlah
Tidakkah kau menyedarinya?
Atau kau masih mampu tidur lena dengan keadaan ini?

Pejuang
Kau adalah lilin
Yang sinarnya menyelinapi antara kegelapan
Segalanya perlu kau terangi
Meskipun bangsamu gah dan agamamu kamil

Tetapi
itu hanya pada nama
Dakapilah aku dengan ketenangan
Moga masa depan mereka
yang kau perjuangkan
Akan bertakhta damai di puncak

Tunggu
Nanti dulu
!!!

Ingat, kau adalah pejuang
Subhanallah
,
Itukah pencariannya
?
Itukah perceraiannya ?
Benarkah ?

Perlukah aku beristiq
arah sebelum menyatakannya ?
Tidak ! Tidak ! Tidak perlu !
Kebenaran yang berputik
adalah jodoh persoalannya

Kau seorang pejuang
Cuba kau ingat sewaktu kau mula-mula datang ke sini
Apa tujuan kau?
Dan apa yang kau bawa, azam sajakah ?
Atau cita-cita saja?
Renungkan semula
Semua itu membawa erti perjuangan
Kau mengerti bukan?

Aku menjadi sayu
Kini kami menjadi satu
Benar-benar menjadi satu
Tangan insafku mengecaikan mira menjadi arca
Tanganku genggam

Terima kasih Y
a Tuhan!

Hasilpena,

Andika 07


No comments: