Saturday, January 10, 2009

Watak dan Perwatakan Pusaran

Junid

· Anak seorang penternak dan petani

· Berusia hampir 6 tahun

· Amat sayangkan anak lembunya Pusaran

· Menganggap ibu bapanya jahat kerana hendak memisahkannya dengan Pusaran

· Sanggup berkorban nyawa demi Pusaran

Pusaran

· Seekor anak lembu peliharaan keluarga Junid

· Sangat dimanjakan oleh Junid

· Sangat tambun/sihat/gemuk

· Sangat patuh kepada Junid

· Berperasaan seperti manusia

Mohsin

· Bapa Junid, seorang penternak dan petani

· Sangat bertanggungjawab

· Mementingkan pendidikan dunia dan akhirat

· Kasih akan anaknya

· Rajin bekerja

Musalmah

· Ibu Junid

· Penyayang

· Memahami sikap Junid yang terlalu sayangkan Pusaran

Pak Cik Kar

· Bomoh tua yang buta

· Percaya pada benda yang karut

· Diyakini cakapnya oleh orang kampong

Tuan Haji Subki

· Bertimbang rasa

· Seorang yang dihormati oleh orang kampung

Tuesday, December 16, 2008

Hikayat Mat Jenin karya Omar Mamat

Plot Hikayat Mat Jenin

Permulaan

Penceritaan watak Mat Jenin yang kematian ibu bapa, miskin, dan selalu diejek oleh kawan-kawannya di kampong. Dia dipelihara oleh nenek dan datuknya. Neneknya meninggal ketika di aberusdia tujuh tahun.

Perkembangan

Datuknya meninggal dunia dua hari selepas Mat Jenin selesai menduduki peperiksaan SRP. Mat Jenin kemudiannya bekerja sebagai pemanjat pokok kelapa dan menjual kelapa muda di pasat. Atas dorongan Cikgu Rosli.Mat Jenin berhijrah ke Bandar daaan bekerja di restoran milik abang Cikgu Rosli, Haji Sapudin. Selepas 5 tahun, Mat Jenin berhenti kerja dan membuka restoran sendiri. Dia terus berusaha walaupun pada awalnya menghadapi masalah kekurangan pelanggan.

Klimaks

Mat Jenin melamar Raja Nor Mustaqimah. Dia ialah penulis rencana tentang kejayaan Mat Jenin.

Peleraian

Mat jenin dan isterinya mendapat seorang cahaya mata yang diberi nama Mat Kaduk. Mat Jenin akhirnya memiliki 3 buah restoran di Bandar.

Monday, December 15, 2008

Gaya Bahasa Cerpen Pusaran

Pemilihan Diksi

1. Penggunaan Dialek Daerah

Pengarang menggunakan beberapa perkataan dalam dialek Kelantan, iaitu:

a) karang - bermaksud nanti. Contohnya: "Aku pergi ke sekolah pagi ini. Karang kita bertemu."

b) cerat - bermaksud pasti. Contohnya: Junid memasang telinga. Tapi dia kurang jerat.

c) jemburan - bermaksud anjung rumah. Contohnya: Dia sedang berdepan dengan ibunya yang sudah berdiri di atas jemburan.

2. Penggunaan perkataan berunsur Islam.

Contohnya : akhirat, korban dan takbir.

3. Penggunaan Dialog

Contoh:

· "Tidak, ayah. Tidak. Pusaran baik. Pusaran tidak akan memijak Junid."

4. Penggunaan Ayat Tanya

Contoh:

· Kau sudah makan? Sudah kenyang?

· Dia berlari-lari lagi. Ke mana?

5. Penggunaan Ayat Seruan

Contoh:

· Ya, Allah!

· Ah, karut!

Nilai dan Unsur Pengajaran dalam Cerpen Pusaran

NILAI

1. KASIH SAYANG

Kasih sayang tidak terbatas terhadap manusia sahaja, tetapi termasuk juga haiwan yang bernyawa. Ia ditunjukkan melalui sifat Junid yang menyayangi lembunya. Begitu juga dengan Mohsin yang menyayangi anaknya sehingga tidak sanggup melihat anaknya bersedih.

2. BELAS KASIHAN

Perasaan belas kasihan patut ditunjukkan bukan sahaja kepada manusia tetapi kepada haiwan. Nilai ini ditunjukkan melalui sikap Junid yang tidak sanggup melihat haiwan peliharaannya disembelih.

3. TOLONG -MENOLONG

Sikap tolong-menolong perlu diamalkan di dalam masyarakat dan keluarga. Nilai ini ditunjukkan melalui watak Adi, Rashid dan Junaidi yang rajin membantu ibu bapa mereka. Begitu juga dengan sikap orang kampung yang bekerjasama untuk melakukan penyembelihan untuk acara korban.

UNSUR PENGAJARAN

1. Kita haruslah mempunyai perasaan kasih sayang terhadap makhluk yang bernyawa termasuklah haiwan, selain manusia yang terdekat dengan kita.

2. Kita patut mempunyai belas kasihan serta turut bersimpati terhadap nasib orang lain termasuk haiwan.

3. Ibu bapa perlulah memberi peluang kepada anak-anak untuk mendapat pendidikan yang sempurna.

Latar Cerpen Pusaran

LATAR

LATAR TEMPAT

Cerpen ini berlatarbelakangkan kehidupan di sebuah kampung yang masih mundur di Gung Nibung. Suasana kampung digambarkan menghijau melalui gambaran sawah padi dan rumput-rumput nipis di tengah padang yang tempat pusaran merenggut rumput.

LATAR MASA

Latar masa yang digambarkan ialah sewaktu dan selepas perayaan Hari Raya Korban. Ia digambarkan melalui suara takbir dan upacara penyembelihan haiwan.

Pengarang juga ada menggambarkan beberapa peristiwa yang berlaku sebelum empat bulan lagi Junid dimasukkan ke sekolah sehinggalah pertengahan tahun persekolahan.

LATAR MASYARAKAT

Cerpen ini berlatarbelakangkan masyarakat Melayu desa yang masih mengamalkan cara hidup tradisional.

Penduduknya masih bergantung kepada kegiatan pertanian di samping menternak haiwan. Mayarakat tersebut juga digambarkan masih mempunyai sistem kepercayaan terhadap institusi bomoh.

Masyarakat tersebut juga digambarkan tidak mementingkan persekolahan anak-anak. Contohnya Mohsin yang beranggapan bahawa dengan memiliki haiwan ternakan dan tanah ladang sudah mencukupi bagi mereka. Mereka menganggap bahawa anak-anak perlu dijadikan pembantu untuk melakukan kerja-kerja menternak dan bertani.

Sinopsis Pusaran (Versi Ke-2)

Cerpen ini mengisahkan hubungan di antara seorang budak lelaki yang bernama Junid dengan seekor anak lembu jantan yang bernama Pusaran. Junid amat menyayangi Pusaran yang telah menjadi sahabatnya semenjak berusia empat tahun. Junid dan Pusaran tidak dapat dipisahkan. Junid dan Pusaran sama-sama pernah jatuh sakit ketika Junid dihantar bercuti ke rumah datuknya.

Sewaktu tiba masanya Junid disekolahkan, ayahnya Mohsin dan ibunya Musalmah berpendapat bahawa telah tiba masanya agar Junid dan Pusaran dipisahkan.

Sempena Hari Raya Korban, Pusaran dijual oleh Mohsin tanpa pengetahuan Junid. Semasa pulang dari sekolah, Junid mendapati Pusaran telah tiada. Dia mencari Pusaran di merata-rata tempat. Akhirnya dia terjumpa Pusaran di tempat Pusaran hendak disembelih.

Junid sangat sedih dan menerkam ke atas leher Pusaran dan memeluknya erat-erat. Dia meminta dirinya dibunuh sama. Orang yang sedang bertakbir berhenti. Tuan Haji Subki mengarahkan supaya penyembelihan itu dibatalkan lalu menasihati Mohsin supaya berbincang dahulu dengan Junid sebelum membuat keputusan. Mohsin berjanji tidak akan memisahkan Junid dengan Pusaran.

Tema dan Persoalan Cerpen Pusaran

TEMA

Tema cerpen ini ialah kasih sayang.Kasih sayang cuba ditonjolkan ialah kasih sayang seorang manusia terhadap seekor anak lembu.

PERSOALAN

1. Kemesraan antara manusia dan haiwan - digambarkan melalui watak Junid dan Pusaran.

2. Kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anak -Musalmah dan Mohsin menyayangi dan mengambil berat terhadap anak-anak.

3. Nilai hidup bermasyarakat - masyarakat tolong menolong sewaktu upacara korban.

4. Sistem nilai kepercayaan masyarakat Melayu desa terhadap tahyul - orang kampung termasuk ibu bapa Junid percaya kata-kata bomoh bahawa Junid dan Pusaran merupakan kembar.