Cerpen ini mengisahkan tentang seorang anak orang asli yang bernama Daneng.Dia merupakan seorang pelajar yang pintar dalam bidang akademik tetapi dia tidak ingin meneruskan pelajarannya ke tingkatan 4 walaupun dia mendapat keputusan yang cemerlang dalam Peperiksaan Menengah Rendah (PMR).Cikgu Jo yang merupakan guru Daneng sanggup meredah hutan belantara untuk menemui Daneng hanya untuk satu tujuan iaitu memujuk Daneng agar kembali bersekolah.Akan tetapi,Daneng tetap dengan pendiriannya untuk menjaga warisan nenek moyangnya.Akhirnya Cikgu berjaya memujuk Daneng dengan memberi pelbagai alasan yang kukuh yang tidak dapat lagi disangkal oleh Daneng.Selepas 25 tahun kemudian,Daneng telah berjaya mencapai cita-citanya dan mendapat gelaran Datuk.Dia juga menerima Hadiah Nobel kerana usahanya menyelamatkan hutan balantara dan turut diberikan kepercayaan oleh kerajaan Brazil untuk memulihkan hutan di Lembangan Amazon tetapi dia tidak pernah melupakan jasa yang telah Cikgu Jo curahkan padanya.
Sunday, December 14, 2008
Cerpen Lambaian Malar Hijau
Cerpen ini mengisahkan tentang seorang anak orang asli yang bernama Daneng.Dia merupakan seorang pelajar yang pintar dalam bidang akademik tetapi dia tidak ingin meneruskan pelajarannya ke tingkatan 4 walaupun dia mendapat keputusan yang cemerlang dalam Peperiksaan Menengah Rendah (PMR).Cikgu Jo yang merupakan guru Daneng sanggup meredah hutan belantara untuk menemui Daneng hanya untuk satu tujuan iaitu memujuk Daneng agar kembali bersekolah.Akan tetapi,Daneng tetap dengan pendiriannya untuk menjaga warisan nenek moyangnya.Akhirnya Cikgu berjaya memujuk Daneng dengan memberi pelbagai alasan yang kukuh yang tidak dapat lagi disangkal oleh Daneng.Selepas 25 tahun kemudian,Daneng telah berjaya mencapai cita-citanya dan mendapat gelaran Datuk.Dia juga menerima Hadiah Nobel kerana usahanya menyelamatkan hutan balantara dan turut diberikan kepercayaan oleh kerajaan Brazil untuk memulihkan hutan di Lembangan Amazon tetapi dia tidak pernah melupakan jasa yang telah Cikgu Jo curahkan padanya.
Tema dan Persoalan Cerpen Pusaran
Tema
o Tema cerpen Pusaran ini ialah kasih sayang seorang kanak-kanak terhadap lembu peliharaannya.
Persoalan
o Kemesraan antara Junid dengan Pusaran
Persoalan ini dapat dikesan sepanjang penceritaan cerpen ini. Contohnya ketika Junid menyeru nama Pusaran,Pusaran seolah-olah memahami seruannya,berlari kencang ke arah Junid dan apabila Pusaran telah sampai ke tempat Junid,Pusaran akan menjilat-jilat tangan Junid dan Junid akan membalas dengan menggosok panjang belakang Pusaran.(Rujuk muka surat 99-102).
o Kasih sayang ibu dan ayah
Dapat dikesan apabila Mohsin sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk merawat Pusaran yang sakit demi Junid yang turut terganggu kesihatannya kerana seperti kebiasaannya Junid hanya sembuh jika Pusaran sembuh.
o Kerajinan
Abang Junid(Junaidi) rajin menjaga kambing-kambing peliharaan mereka.Dia juga turut dibantu oleh adik-adiknya yang lain iaitu Rashid dan Adi.Selain itu mereka juga bersama-sama membantu ayah mereka menguruskan lembu-lembu yang dipelihara.
o Hidup Bermasyarakat
Dapat dikesan semasa penduduk kampung menjalankan ibadah korban.Ramai penduduk kampung bersama-sama membantu melaksanakan korban di Hari Raya Haji tersebut.(Rujuk muka surat 109-110)
o Kepercayaan karut
Kepercayaan penduduk kampung yang mengatakan Junid dan Pusaran anak kembar.Kepercayaan ini muncul disebabkan kenyataan Pak cik Kar yang merupakan seorang bomoh tua yang buta.Mohsin hampir terpengaruh dengan kenyataan yang diberikan oleh Pak cik Kar tetapi mujurlah dia tidak mempercayai kata-kata bomoh itu.
o Kesedaran terhadap pendidikan
Kurang dapat dikesan dalam perenggan ke-5 muka surat 103. Antara petikan ayat dari perenggan ini ialah ć…želajaran setakat tulis baca itu sudah cukup?/I> .Ini membuktikan kesedaran ibu bapa Junid tentang kepentingan pendidikan adalah sedikit.
Pusaran Oleh S.Othman Kelantan
Sinopsis
Cerpen Pusaran mengisahkan keakraban hubungan Junid dengan anak lembu jantan yang diberi nama Pusaran.Junid menghabiskan sebahagian besar masanya bermain-main dengan Pusaran.Antara Junid dan Pusaran terdapat pertautan yag aneh.Jika Pusaran sakit,Junid turut sakit.Menurut Pak Kar,bomoh buta di kampung mereka,menyatakan bahawa Junid dan Pusaran merupakan anak kembar tetapi tidak dipercayai olh bapa Junid,Mohsin dan isterinya,Musalmah.Mereka menghantar Junid ke sekolah dengan harapan Junid dan Pusaran akan berenggang.Namun,harapan itu tidak jadi kenyataan. Perhubungan mereka tetap akrab dan mesra.Menjelang Hari Raya Haji,Mohsin telah menjual Pusaran untuk dijadikan korban.Junid menyedari kehilangan Pusaran segera mencari Pusaran sambil menangis.Pusaran akhirnya menemui Pusaran yang telah dibaringkan,bersedia untuk disembelih.Junid terus meluru ke arah Pusaran dan memeluk leher Pusaran dengan erat dan meminta agar dia disembelih bersama Pusaran.Apabila melihat kejadian itu,Tuan Haji Subki membatalkan korban itu dan menegur Mohsin kerana tidak berbincang dengan Junid mengenai perkara itu kerana dia tahu pasti perbuatan ini akan merosakkan hati Junid dan di hadapan semua orang ,Mohsin berjanji bahawa dia tidak akan memisahkan Junid dengan Pusaran lagi.
Senarai Gaya Bahasa
~Unsur yang digunakan untuk memberikan sifat manusia kepada benda-benda mati,binatang,idea atau hal-hal yang abstrak sama ada dari segi perasaan, perwatakan atau tindak tanduk.
Simile
~Merupakan unsur perbandingan lansung terhadap sesuatu keadaan dan lazimnya menggunakan kata-kata seperti laksana, umpama,ibarat, macam ,seperti, dan sebagainya.
Metafora
~Merupakan perbandingan yang tidak jelas.Lansung tidak melibatkan kata-kata seperti laksana,umpama,ibarat,macam dan sebagainya.
Hiperbola
~Gaya perbandingan yang menyatakan sesuatu secara melampau atau berlebih-lebihan.
Aliterasi
~Pengulangan bunyi konsonan yang sama dalam satu ayat.
Alusi
~Perbuatan membayangkan atau merujuk kepada sesuatu secara tidak lansung.
Anafora
~Pengulangan sesuatu kata atau frasa di awal baris yang biasanya berturutan agar memperoleh kesan tertentu.
Asonansi
~Pengulangan bunyi vokal yang sama dalam satu ayat.
Epifora
~Pengulangan kata-kata di akhir baris untuk penegasan.
Imejan
~Bayangan tentang sesuatu yang dapat dikesan melalui pancaindera.
Inversi
~Pembalikan kata-kata daripada susunan lazimnya.
Paradoks
~Penyataan yang kelihatan bertentangan tetapi kenyataannya mengandungi kebenaran dengan pendapat umum atau realiti.
Responsi
~Pengulangan kata di tengah baris
Repitasi
~Pengulangan bahagian ayat yang dianggap penting bagi menunjukkan penegasan yang dikehendaki
Sinkof
~Peyingkatan kata.
Melankolik
~Penggunaan bahasa yang mendayu-dayu
Homoiteleuton~Persamaan bunyi yang terdapat di hujung kata dalam satu ayat.Persamaan bunyi ini muncul pada kata di tengah ayat dan kata di hujung ayat.
Pusaran Bukti Haiwan dan Manusia Saling Memerlukan
Dalam cerpen ini konsep percaya amalan karut masih tebal dalam pemikiran masyarakat kita terutama orang Melayu. Apabila Pak cik Kar mengatakan bahawa Junid dan Pusaran kembar, masyarakat kampung mula mempercayainya. Kita harus sedar kepercayaan yang menebal ini berpunca daripada amalan mempercayai bomoh sebagai sebahagian pemimpin masyarakat Melayu. Malah, bomoh sudah menjadi sebahagian budaya orang Melayu itu sendiri. Bomoh juga sering dikaitkan dengan unsur-unsur yang tidak dapat difikirkan oleh minda saintifik dan penyakit-penyakit ganjil yang dialami oleh seseorang itu.
Dalam cerpen ini kepentingan amalan agama turut digambarkan melalui upacara korban yang diamalkan oleh penduduk kampung. Korban pada masyarakat Melayu dikaitkan dengan rasa syukur atas nikmat Tuhan. Korban juga menjadi tanda kerjasama antara masyarakat. Korban juga merupakan sebahagian konsep memberi kepada yang memerlukan.
Pelajar harus memikirkan sebab Mohsin tidak membenarkan anaknya belajar lebih daripada Darjah Enam? Antaranya Mohsin mahu mereka bekerja di kebun kelapanya, sawah padinya atau menjaga ternakannya. Mohsin juga menganggap ilmu itu cukup setakat tahu membaca, mengira, dan menulis. Mungkin ini konsep minda orang kampung terhadap pentingnya pendidikan itu. Hanya cukup makan sahaja.
Namun, kalau dikaji lebih mendalam, Mohsin lambang petani berjaya kerana mempunyai kebun kelapa, sawah padi, dan ternakan. Malah, dia mampu mengorbankan haiwan turut menjadi bukti betapa berjayanya hidup beliau di kampung itu. Beliau bukan sahaja rajin tetapi pandai menguruskan “perniagaannya” dengan berkesan sekali. Usah lupa juga, Mohsin penyayang kerana sanggup membatalkan upacara korban itu setelah diberi nasihat oleh lebai kampung itu dan melihat kesungguhan Junid merayu.
Junid dan Pusaran digambarkan sebagai makhluk Tuhan yang berbeza tetapi saling memerlukan. Mereka pernah cuba dipisahkan oleh Mohsin tetapi gagal. Junid demam manakala Pusaran tidak “galak” iaitu tidak cergas dan tiada selera makan. Keakraban ini seolah-olah membuktikan kata-kata Pak cik Kar itu.
Mungkin cerpen ini cuba membawa pelajar memahami erti hubungan luar tabii yang jarang-jarang kita lihat iaitu manusia dan haiwan mampu hidup bersama. Kita memerlukan haiwan itu satu kenyataan tetapi hakikatnya haiwan tidak memerlukan kita untuk mereka hidup. Jadi, manusia harus menghormati haiwan lebih bermakna. Kita tidak seharusnya melihat haiwan sebelah mata tetapi menganggap mereka ciptaan Tuhan yang perlu diberi pertimbangan seperti manusia biasa.
Saturday, December 13, 2008
Suratman Markasan
Suratman was born in
Some of his books that have been published include: Tak Ada Jalan Keluar (novel); Matahari Kota (ss); Gerak dan Dialog (ss); Jalan Permulaan (poems); Subuh Hilang Senja (novel); Perempuan Kerudung Hitam (ss); Potret Isteri Yang Hilang (poems); Tiga Lelaki (novel); Di Bumi Mana (novel); Penghulu Yang Hilang Segala-galanya (novel); Kembali Kepada Al-Quran (ss); Puisi Luka dan Puisi Duka (poems) and Bangsa Melayu dalam Transformasi Budayanya (essay).
He received the SEA Writers Award in 1989; the Montblance-NUS Centre for the Arts Literary Awards in 1997; Nusantara Literary Award in 1999; Tun Seri Lanang Literary Award in 1999 and Anugerah Pujangga in 2003.
Sinopsis Novel Subuh Hilang Senja
Sebuah komentar sosial tentang identiti, nasionalisme dan politik dalam situasi masyarakat kosmopolitan. Empat sahabat yang bersekolah di sebuah kolej cuba membantu sepasang lelaki dan perempuan yang berasmara di kereta mereka pada hari senja dari dirompak. Dalam pergelutan dengan perompak tersebut, seorang pelajar ditikam oleh perompak dan melarikan diri. Pasangan tersebut pun melarikan diri. Pelajar tersebut dibawa ke hospital dalam keadaan tenat tetapi empat sekawan berjanji tidak akan memberitahu polis siapa kenalan pasangan tersebut untuk menjaga maruah kolej mereka. Siapa yang mereka melindungi dan kenapa?Apa yang akan terjadi pada pelajar tersebut? Untuk mengetahui kisah selanjutnya..ayuh dapatkan novel Subuh Hilang Senja.Anda pasti terhibur.