Monday, November 17, 2008

Catatan Patriotisme, Transformasi Minda

Apa maknanya transformasi? Pada hemat saya, transformasi boleh didefinisikan sebagai tempat, benda atau sesuatu yang betukar rupa atau bentuk. Di era persejagatan ini, singapura telah menjalani transformasi yang sangat pesat sehinggakan bangunan-bangunan yang mempunyai infrastruktur yang menarik sudah menjadi klise kelihatan di kawasan bandar Singapura.
Daripada negeri yang kebelakang pada era 1960an, telah betukar menjadi negeri kosmopolitan dan adalah negeri yang sangat disegani dan dihormati di persada dunia. Biarpun negeri ini kecil tetapi para pemimpin dan rakyatnya mempunyai semangat yang luar biasa. Para pemimpin yang berwibawa telah memanifestasikan sikap patriotisme ke dalam jiwa rakyatnya sehinggakan mereka telah membuat satu anjakan radikal untuk membangunkan negeri ini.Apa yang dinikmati oleh generasi sekarang adalah hasil daripada kerja keras dan pengorbanan dari para pemimpin dan rakyatnya yang telah membanting tulang dan salaing membantu anatara satu sama lain tidak kira bangsa atau agama yang mempunyai satu objektif iaitu menuju ke arah kemajaun. Terbinalah bangunan yang tesergah megah iaitu " The Esplanade" dan roda putaran raksaksa terbesar di dunia iaitu " The Singapore Flyer ".
"The Singapore Flyer" mempunyai ketinggian 165 meter dan mempunyai kapsul yang boleh menampung 28 orang. Ia berputar secara "clockwise" kerana tujuannya adalah para penumpang boleh menyaksikan tansformasi iaitu Singapura pada zaman dahulu dan sekarang.
Nama ''The Singapore Flyer'' membawa tuah kerana ia telah ''terbang'' ke arah mercu kejayaan kerana sudah lebih sejuta orang yang menaiki roda putaran raksaksa itu. Rumusannya, Singapura adalah negeri yang maju lagi makmur jika dibandingkan dengan negara lain. Langkah pragmatik yang diambil oleh para pemimpin Singapura telah membuahkan hasil yang berbaloi. Namun sebelum kami akhiri catatan kami ini biarlah kami bentangkan sajak kami.

Transformasi

Sejarah demi sejarah kami cipta
Ini yang kami akan kemuka
Nah, lihatlah dunia, kehadirannya dapat
Gegarkan bukan sahaja Asia malah Eropah tak lupa dunia
Apa yang engkau fikirkan? Namanya?
Pulau Singapura, itulah namanya
Omongan-omongan yang dahulunya kosong menjadi kenyataan
Republik yang dahulunya berpecah kini mapan
Ekonomi yang dahulunya lembap kini mantap

Fenomena ini amat kami banggakan
Lihatlah transformasi kami dari perkampungan ke bandaran
Yang dahulunya kolonial dan kini kemerdekaan
Era perubahan kami harungi dengan pengorbanan
Rasa kemajuan dan kejayaan kami sering kejarkan

Pembangunan demi pembangunan kami dirikan
Ukhuwah dan persahabatan kami jalinkan
Tanah air tumpah darah kami perjuangkan
Ancaman dan pergolakkan kami benamkan
Rakyat berbilang kami satukan
Arus kemodenan cerucuk pembangunan
Namun begitu adat dan tatasusila tidak kami lupakan

Ranjau-ranjau duri kami cuba lenyapkan dan hapuskan
Agar generasi madani dapat kami lahirkan dan majukan
Seperti peptah seorang cendikiawan Yunani, katanya,
Adat adalah pakaian bangsa dan bangsa adalah pakaian negara
Kalau dahulu kerajaan diadili oleh hulubalang dan raja
Sekarang kerajaan diadili pemimpin yang berkaliber dan berwibawa
Anak-anak generasi muda yang kami harap
Kami asuh dengan patriotisme dan mekanisme
Agar tidak dibelenggu dengan kejahilan dan kegelapan yang
Mengugat manifestasi dan fundamental negara
Inilah kalam terakhir kami buat mereka

Luqman Baihaqim Abdullah dan Adib Ahmas Salimin (Menengah 5 Pearl dan 5 Ruby)
Sekolah Menengah Dunearn

Pemenang Hadiah Pertama
Pertandingan Karya Kreatif Anjuran Singapore Press Holdings 2008
(Sempena Hari Kebangsaan Singapura)

No comments: