Lantangkan sorakan gegarkan dunia
Nyalakan semangat tunjukkan dunia
Hadapi lawanmu
Maju dengan semangat patriotisme
Kembalilah dengan piala kemenangan
Semangatmu janganlah padam
Di setiap jalan yang sunyi
Berikanlah senyum ceriamu
Gemuruhkanlah suara lantangmu
Setapak demi setapak
Berjalan membawa obor kemenangan
Tanda permulaan suatu kejayaan
Genggamlah keberhasilan
Terangilah setiap hati rakyat Singapura
Satukanlah setiap jiwa
Sucikanlah setiap raga
Kembangkanlah senyuman setiap orang
Sanjungkan namamu
Sorakan keberhasilanmu
Rentakkan irama kesukanan pada masa depan
Buat anak watanku tersayang
Ku tak pasti
Adakah kalian akan tersenyum
Menghirup puas piala kemenangan
Atau kalian akan tewas lalu rebah
Majulah Singapura
Bermandi keringat bergadai impian
Untuk ibu pertiwi
Anak-anakku, bangsaku
Mencapai impian
Stephanie Halim
Menengah 4 Amber
Friday, January 29, 2010
Saturday, January 2, 2010
Tiada Lagi
Tiada lagi.. teman berbicara
Tiada lagi.. tempat bermanja
Tiada lagi ..kucupan mesra
Tiada siapa menyapu airmata
Tiada lagi.. seperti dulu
Tiada lagi..keindahan cintamu
Tiada lagi.. segala-galanya
Tiada lagi ..ungkapan cinta
Cinta kukecewa, kasihku derita
Ombak rinduku tiada terkira
Seandai berpisah
Hidupku sunyi tiada ceria
Makan tak lalu, tidur tak lena
Betapa kecewa di lubuk jiwa
Cintamu pudar tiada balasannya
Namun ku masih menerima
Pasrah ku di akhir cinta
Oh Tuhan tolonglah hambamu
Tabahkanlah hati yang merindu
Semoga takdir yang menerima
Tersirat hikmah di hatiku
Md Qhasmeer B Jamil(4 Jade)
Sekolah Menengah Dunearn
Tiada lagi.. tempat bermanja
Tiada lagi ..kucupan mesra
Tiada siapa menyapu airmata
Tiada lagi.. seperti dulu
Tiada lagi..keindahan cintamu
Tiada lagi.. segala-galanya
Tiada lagi ..ungkapan cinta
Cinta kukecewa, kasihku derita
Ombak rinduku tiada terkira
Seandai berpisah
Hidupku sunyi tiada ceria
Makan tak lalu, tidur tak lena
Betapa kecewa di lubuk jiwa
Cintamu pudar tiada balasannya
Namun ku masih menerima
Pasrah ku di akhir cinta
Oh Tuhan tolonglah hambamu
Tabahkanlah hati yang merindu
Semoga takdir yang menerima
Tersirat hikmah di hatiku
Md Qhasmeer B Jamil(4 Jade)
Sekolah Menengah Dunearn
KuTutup Pintu Hatiku
Bertemu cinta, cinta mencengkam
Taman cinta berbunga mesra
Janji kupegang, cinta kugenggam
Kupeluk cinta sampai ke syurga
Selingkuh cinta hatiku terluka
Pisau duka menikam jiwa
Hatiku berdarah di lautan duka
Hatiku hiba tidak terkira
Taman cinta terkulai layu
Bebunga cinta jatuh berguguran
Kututup rapat pintu cintaku
Derita cinta menjadi igauan
Kujauhi perangkap cinta
Kubasuh luka dengan air mata
William Heryanto Lim(4 Emerald)
Sekolah Menengah Dunearn
Taman cinta berbunga mesra
Janji kupegang, cinta kugenggam
Kupeluk cinta sampai ke syurga
Selingkuh cinta hatiku terluka
Pisau duka menikam jiwa
Hatiku berdarah di lautan duka
Hatiku hiba tidak terkira
Taman cinta terkulai layu
Bebunga cinta jatuh berguguran
Kututup rapat pintu cintaku
Derita cinta menjadi igauan
Kujauhi perangkap cinta
Kubasuh luka dengan air mata
William Heryanto Lim(4 Emerald)
Sekolah Menengah Dunearn
Lautan Rindu
Tenggelam di dalam lautan rindu
Setelah sepunama tidak bertemu
Pisau duka datang memisah
Terkandung hikmah di sebaliknya
Pemberian mahligai kasihmu
Dihargai sepanjang hidupku
Oh kekasihku
Tetap aku sayang padamu
Senyum mekarmu yang ku idam
Ketika kita bertemu
Sukarnya bagi ku untuk memadam
Memoriku bersamamu
Usahlah hanyut di sungai duka
Hanya kerana peristiwa yang sudah
Lupakanlah segala
Anggap ia mimpi belaka
Firdaus(3 Emerald)
Sekolah Menengah Dunearn
Setelah sepunama tidak bertemu
Pisau duka datang memisah
Terkandung hikmah di sebaliknya
Pemberian mahligai kasihmu
Dihargai sepanjang hidupku
Oh kekasihku
Tetap aku sayang padamu
Senyum mekarmu yang ku idam
Ketika kita bertemu
Sukarnya bagi ku untuk memadam
Memoriku bersamamu
Usahlah hanyut di sungai duka
Hanya kerana peristiwa yang sudah
Lupakanlah segala
Anggap ia mimpi belaka
Firdaus(3 Emerald)
Sekolah Menengah Dunearn
Di Ambang Duka
Gelora Rindu mula membara
Ngilu hatiku tidak terhingga
Lautan cinta telah ternoda
Di ambang duka meratap hiba
Gelora rindu mulai membara
Duka mencengkam hati yang luka
Teringat si dia hatiku bergelora
Sembilu di hati menusuk jiwa
Gelora rindu mula membara
Penawar duka menyiksa jiwa
Setangkai senyum kuhadiahkan
Sejambak kepiluan kau lemparkan
Joko Pranajaya(Menengah 4 Opal)
Sekolah Menengah Dunearn
Ngilu hatiku tidak terhingga
Lautan cinta telah ternoda
Di ambang duka meratap hiba
Gelora rindu mulai membara
Duka mencengkam hati yang luka
Teringat si dia hatiku bergelora
Sembilu di hati menusuk jiwa
Gelora rindu mula membara
Penawar duka menyiksa jiwa
Setangkai senyum kuhadiahkan
Sejambak kepiluan kau lemparkan
Joko Pranajaya(Menengah 4 Opal)
Sekolah Menengah Dunearn
Cinta Dusta
Gelora rindu menusuk kalbu
Terdampar aku di lautan pilu
Bebunga cinta mekar di hatiku
Mekar mewangi di jambangan rindu
Kutatap wajahmu setiap hari
Menjadi azimat hati yang sepi
Tetapi semakinku menghitung hari
Semakin gugur dedaun kasih
Bagai tenggelam di lautan duka
Bagai karam di samudera derita
Baru kini aku terjaga
Cintamu hanya dusta belaka
Fatin Nuratiqah (Menengah 4 Opal
Sekolah Menengah Dunearn
Terdampar aku di lautan pilu
Bebunga cinta mekar di hatiku
Mekar mewangi di jambangan rindu
Kutatap wajahmu setiap hari
Menjadi azimat hati yang sepi
Tetapi semakinku menghitung hari
Semakin gugur dedaun kasih
Bagai tenggelam di lautan duka
Bagai karam di samudera derita
Baru kini aku terjaga
Cintamu hanya dusta belaka
Fatin Nuratiqah (Menengah 4 Opal
Sekolah Menengah Dunearn
Dedaun Kasih
Ombak rindu menawan hati
Rindu bayangan gelora cinta
Mabuk rindu sepanjang hari
Mengenang di kau yang jauh di mata
Rindu mencengkam di relung jiwa
Gelora rindu bayangan hati
Rindu berpanjangan setiap masa
Ibarat lautan tiada bertepi
Melodi cinta rindu berahi
Taman kasih, cinta sejati
Kasih berpanjangan sepanjang hari
Ibarat mentari menyinari bumi
Dedaun kasih mekar selamanya
Kasih selautan rindu membara
Selautan kasih ombak berirama
Kerana kasih kukorban segala
Sekuntum senyum keberikan
Senyum berbunga akuterima
Setangkai senyum kepersembahkan
Senyum mekar hati terpesona
Senyum seharum mawar merah
Senyum menawan hati tertawan
Sejambak senyum menarik irama
Senyum menguntum mekar di taman
Stephanie Halim (3 Amber)
Sekolah Menengah Dunearn
Rindu bayangan gelora cinta
Mabuk rindu sepanjang hari
Mengenang di kau yang jauh di mata
Rindu mencengkam di relung jiwa
Gelora rindu bayangan hati
Rindu berpanjangan setiap masa
Ibarat lautan tiada bertepi
Melodi cinta rindu berahi
Taman kasih, cinta sejati
Kasih berpanjangan sepanjang hari
Ibarat mentari menyinari bumi
Dedaun kasih mekar selamanya
Kasih selautan rindu membara
Selautan kasih ombak berirama
Kerana kasih kukorban segala
Sekuntum senyum keberikan
Senyum berbunga akuterima
Setangkai senyum kepersembahkan
Senyum mekar hati terpesona
Senyum seharum mawar merah
Senyum menawan hati tertawan
Sejambak senyum menarik irama
Senyum menguntum mekar di taman
Stephanie Halim (3 Amber)
Sekolah Menengah Dunearn
Subscribe to:
Posts (Atom)