Saturday, January 2, 2010

Dedaun Kasih

Ombak rindu menawan hati
Rindu bayangan gelora cinta
Mabuk rindu sepanjang hari
Mengenang di kau yang jauh di mata

Rindu mencengkam di relung jiwa
Gelora rindu bayangan hati
Rindu berpanjangan setiap masa
Ibarat lautan tiada bertepi

Melodi cinta rindu berahi
Taman kasih, cinta sejati
Kasih berpanjangan sepanjang hari
Ibarat mentari menyinari bumi

Dedaun kasih mekar selamanya
Kasih selautan rindu membara
Selautan kasih ombak berirama
Kerana kasih kukorban segala

Sekuntum senyum keberikan
Senyum berbunga akuterima
Setangkai senyum kepersembahkan
Senyum mekar hati terpesona

Senyum seharum mawar merah
Senyum menawan hati tertawan
Sejambak senyum menarik irama
Senyum menguntum mekar di taman

Stephanie Halim (3 Amber)
Sekolah Menengah Dunearn

Hapuskan Dukaku

Disebalik tabir duka
Kulihat senyummu berbunga indah
Daripada duka nestapa
Perasaanku bertukar menjadi indah
Sungai duka dalam hatiku
Dukanya pahir bertali-arus
Tiap senyummu menawan hatiku
Memusnahkan duka teris-menerus
Dukaku kini sudah berlalu
Kumulakan hidupku yang baru
Hatiku kini bersamamu
Untuk mendirikan mahligai ungu

Luqman Baihaqim (5 Ruby)
Sekolah Menengah Dunearn

Rindu Berpanjangan

Ketika jarum duka
Menusuk ke dalam hatiku
Senyumanmu menawan hatiku
Menyerikan wajahku

Apabial gelora rindu berpanjangan
Mahligai kasih menjadi impian
Sekuntum senyum kuberikan
Senyum berbunga kau balaskan

Nu Hazizah Hamzah (3 Emerald)
Sekolah Menengah Dunearn

Pisau Duka

Pisau duka menusuk jiwa
Jiwaku berdarah bagaikan samudera
Warna merah tandanya darah
Kesakitan jiwaku tidak terkira
Cekal hati hadapi ujian
Sakit hati dibuat sempadan
Ngilu hati tak bisa kutahan
Kuterimasebagai satu pengajaran

Adib Ahmas (5 Ruby)
Sekolah Menengah Dunearn

Rantai Duka

Rantai duka merantai hatiku
Parut membawa seribu kenangan
Kenangan kupikul setiap malam
Malam membawa seribu kepahitan

Kita renangi sungai duka
Kita selami lautan nestapa
Bersama keringat duka
Bersama titisan air mata
Onak dan duri kita harungi
Badai dan gelombang kita renangi
Kehadiranmu membawa seribu erti

Andainya aku seekor merpati
Akan aku selalu berada di sisi
Sehingga dirimu dijemput Illahi
kuiringilah pemergianmu dengan air mata
Kuiringi pemergianmu dengan doa mewangi
Walaupun jasadmu tiada lagi
Kenangan manis bersamamu kekal abadi

Dannya Ateera (5 Pearl)
Sekolah Menengah Dunearn

Kau Tetap Aku Rindui

Mengapa?
Hidupku terasa sunyi
Setelah kau kau tinggalkan pergi
Bagai terdampat di lautan sepi
Hidupku kini tak lagi bererti
Tanpa kehadiranmu di sisi

Mengapa?
Mengapa perpisahan harus terjadi?
Setelah kasih kucurahkan
Setelah benih cinta kuberi
Setelah api cinta kunyalakan

Tiada lagi gelagatmu yang lucu
Tiada lagi gurauanmu yang sendu
Tiada lagi senyuman manismu
Tiada lagi hilai tawamu

Mengapa?
Mengapa kau tinggalkan pergi?
Setelah hatiku kau curi
Setelah cintaku kuberi

Ku rindui belaian kasihmu
Ku rindui tangisan rindumu

Mungkin Tuhan lebih menyayangi
Mungkin ini suratan Illahi
Walau di mana kau berada
Kau tetap aku rindui

Muhammad Halim(Menengah 5 Ruby)
Sekolah Menengah Dunearn

Kata-Kata Hati

Pisau duka menusuk hati
Duka memanjang tidak terhenti
Inginku lafazkan isi hati
Hanya kasihmu yang aku miliki
Setangkai senyum kuterima
Hatiku terasa amat gembira
Kubalas dengan senyum berbunga
Untuk jejaka yang teristimewa
Bila cinta membelenggu hatiku
Hati ini terasa rindu
Fikiranku penuh dengan gambaran wajahmu
Terbeban dengan rindu yang baru

Siti Aisyah(5 Ruby)
Sekolah Menengah Dunearn