Thursday, July 24, 2008

Bencana Alam

Bencana Alam

Bencana…
Akan mesranya pustaka khatulistiwa
Bertilam gelombangnya segara
Bersalut bahangnya lahar membara
Beralas tanah tandus merekah
Bermandi bayu deras halanya bisa

Bencana…
Sajian segara jangan diduga
Berinti ilmu mengisi setasik dada
Si gunung-ganang di perut laut mula bernyawa
Ini segara punya karut salah siapakah?

Bencana…
Si perut ganas lahar menyala
Riak gelombang amukan gelora
Setinggi tidak didirikan lautan India
Memukul pantai menikam dada, meragut nyawa

Bencana…
Desir angin monsoon terbatuk guruh
Besar daun dan hujan berdecil tingkah
dibelai nafas subuh
Rengkuh ombak lautan India angin merempuh
Ini bencana kuasa yang jangan diangkuh !



Muhammad Fareez
Menengah 3E3
Sekolah Menengah Dunearn

Monday, July 21, 2008

Cermin

Cermin

Walau didada terukir seribu jawi
Hati-hati
Soalnya?
Di manakah kita?
Jawabnya?
Mungkin kita berselindung dibalik kaca
Sembunyi dari kita sendiri
Aku tahu..
Tapi sampai bila?
Sampai bilakah harus kita berselindung dibalik kaca bingkai emas ini ?

Haruskah kita nanti sehingga kaki ini lemah dimamah usia?
Haruskah kita nanti sehingga tubuh ini mati sebelum ajalnya?
Di manakah kita sebenarnya ?
Di mana ?
Atau
Memang jiwa kita bertopengkan kita
Mungkin indah dipandang mata
Namun mata disira dosa
Yang cantik itu indah
Memang lumrah dunia

Mungkin benar kata pujangga
Kerana mata hati mati

Mungkin Sutun dan bedaknya
Mungkin Nasir dan gitarnya
Mungkin Shahnon dan karyanya
Mungkin Azmi dan tarinya
Mungkin itu indah
Mungkin isteri dan suaminya
Mungkin murid dan gurunya
Mungkin adik dan abangnya
Mungkin anak dan ibunya
Mungkin dunia dan segalanya
Mungkin mereka fikir indah

Sedarkah kita?
Kita berselindung dibalik cermin bingkai emas
Cermin yang menipu zahirnya
Semalam
Hari ini
sekarang ini dibalik cermin
Cermin yang berhikayat dusta bermadah helah!!!

Biar terpecah cermin sakti
Biar tersipah ukiran jawi

Biar jawi bersinar pelangi
Itu letaknya keindahan hakiki
Di perdu kasih di kaki ya rabbi…

Walau didada terukir seribu jawi
Hati-hati…

Zulkifli Hassan
Menengah 4E5
Sekolah Menengah Dunearn (2007)

Setiap Kali Aku Mengingatimu

Setiap Kali Aku Mengingatmu

Setiap kali kudengar “Soneta Musim Salju” dimainkan
fikiranku melayang menuju kepadamu
dan mengembara bersama angin..., menunggangi awan...,
melebur bersama langit agar dapat terus merasa dekat denganmu...
lalu merangkulmu dalam dakapan hangat yang tak akan kulepaskan.

Setiap kali ku sebut namamu
hatiku berdegup kencang...
dan bersama debar jantungku,... bersama deru nafasku
berselaras dengan suara alam disekitarku membentuk nada orkestra
lalu memandangmu dengan tatapan tak berkedip... penuh cinta.

Dan setiap kali aku mengingatimu
semuanya menjadi terasa indah...
dan bersama hujan..., beratap langit...
menyatu kita dalam debar-debar jantung yang menjatu
lalu untuk selamanya kita berganding tangan dan jangan pernah kita lepas.

Ciptaan Andika 07

Tak Pernah Kutemui

Tak pernah kutemui insan yg membantuku bangun ketika kujatuh

Tak pernah kutemui insan yg membuatku tersenyum kala ku marah

Tak pernah kutemui insan yg mengagumkan seperti dirimu

Tak pernah kurasakan getaran perasaan yang menggegarkan jiwaku

Tak pernah kusentuhi jejari halus yang membangkitkan keinginanku

Tak pernah kualami kehebatan derita rindu

Tak pernahku kucupi bibir halus semanis bibirmu

Tak pernah kutemui insan yang membuatku tersipu malu

Tak pernah ku temui insan yang menarik perhatianku

Tak pernah ku jemu merenung sinaran matamu

Tak pernah ku temui insan yg dapatku curahkan rahsia

Sehinggalah kutemui dirimu

Tak pernah ku temui insan yang merinduiku

Tak pernah ku temui insan yang menyayangiku

Tak pernah ku alami ribuan mimpi

Tak pernah hatiku menari-nari

Tak pernah ku temui insan yang memikat hati

Tak pernah ku rasa hangat asmara

Tak pernah kurindui cinta sonata

Tak pernah ku merasa nikmat bercinta

Kufikir itu semua mustahil!

Sehinggalah aku menemui dirimu………….

Ciptaan Andika 07



Pasrah

Tiada lagi... senyuman manismu
Tiada lagi... gelak ketawamu
Tiada lagi... belaian mesramu
Hanya tinggal bayanganmu

Tiada lagi... bisikan manjamu
Tiada lagi... gurau sendamu
Tiada lagi... kasih dan sayangmu
Yang tinggal hanya debu

Tiada lagi teman berbicara
Tiada lagi tempat bermanja

Tiada lagi kucupan mesra
Tiada siapa menyapu airmata

Tiada lagi seperti dulu
Keindahan cinta bersamamu
Tiada lagi segala-galanya
Tiada lagi ungkapan cinta

Cinta kukecewa kasihku derita
Ombak rinduku tiada terkira
Seandai berpisah
Hidupku sunyi tiada ceria
Makan tak lalu, tidur tak lena

Betapa kecewa di lubuk jiwa
Cintamu pudar tiada balasannya
Namun ku masih menerima
Pasrah ku di akhir cinta

Oh Tuhan tolonglah hambamu
Tabahkanlah hati yang merindu
Semoga takdir yang menerima
Tersirat hikmat di hatiku


Andika (July 08)

Cinta Luka

Cinta Luka

Mutiara jernih menitis dari kelopak mataku
Ketika aku duduk dan menangisimu setiap malam
Darah mengalir deras dari hatiku yang luka
Ku gagahi semangat untuk mencatat segala

Jiwaku meronta kesakitan
Jiwaku merintih pedih
Jiwaku tak bisa mengungkapkan
Betapa
Aku tak mampu lagi menahan kepedihan!

Tiada makhluk yang memahami
Ku tak tahu di mana harus kumulakan
Aku tak tahu di mana harus kuakhiri
Cinta begitu menyakitkan
ibarat ditusuk sembilu tajam, menikam
Bila kualami kesakitan
Kucuba untuk menafikan

Hatiku sebak ketika ini
Pukulan jantungku terasa kencang
Tak mampuku lupakan lipatan sejarah silam

Tapi
Memori tetap ada
Memori kta berdua
Bagaimana kita kedua-dua mencintai
Kalimah cinta akan kugenggam

Akanku pahat memori silam
Biarpun kau tak peduli
Dan parut yang kau ukir di lubuk hati
Akan sentiasa segar bersemadi

Andika (July 2008)

Innerlog Bermonolog Dari Mira Ke Arca

Innerlog Bermonolog Dari Mira Ke Arca

Sunyi, sepi, aku termangu
Di keheningan
pekat malam
Di kamar kelam dan berdebu
Kutatap
cermin kaca
Sekilas, kulihat sekelibat bayangan
Aku tercegat, takut

Apakah aku bermimpi ?

Kubuka langkah seribu
Meninggalkan bayangan itu
Yang taat memburuku
Aku terpaku di suatu penjuru
Bayangan itu berdiri membelakangiku
Tidak...Tidak… !!!

Jangan ganggu aku… jangan ganggu aku
Siapakah kau yang sebenarnya ?
Pontiana
kkah? Jembalangkah? Pocongkah?
Ah, jangan...jangan...
jangan ganggu aku !!!
Pergi ! Pergi !
Pergi aku kata.

Aku menoleh ke arahnya
Lalu kami bertentang mata
K
au pejuang… Kau pejuang…Kau pejuang
Usah kau lupa kau ádalah pejuang
Ingat itu
Kau pejuang, kau pejuang, kau pejuang!!!

Pejuang apa? Pejuang apa? Pejuang apa ? Katakan?
Apa ada padaku?

Usah kau tanya aku
Tanya dirimu sendiri?

Bagaimana?
Aku tak bisa menemukanmu
Mengapa kau taat memburuku?

Kerana kau pejuang

Tapi aku bukan pejuang!

Kau ádalah pejuang !

Mana kau tahu aku pejuang?
Sedangkan aku bukan pejuang?

Sebab aku memburu kau
Kau tahu itu bukan?

Kita
adalah satu

Pejuang? Aku pejuang?
Ia memburu kerana dia atau aku
yang pejuang?
Ia itu apa,
katakan siapa?
Ah!!!!

Wahai pejuang
Akulah keinsafan
Tak perlu kau ragu akan hadirku

Aku tak memburu
tetapi sentiasa di sampingmu

Tapi kau..!!!

Aku yang mencarimu.
Aneh bukan ?
Wahai pejuang!
Lihatlah Tuhan yang menjadikan
Lahirmu ke dunia bukan cuma-cuma
Kau adalah pejuang agama, bangsa dan negara
Renungilah apa yang ada sekelilingmu
Lihat bangsamu yang semakin hari semakin SEKsa
Renungilah, Perhatikanlah
Tidakkah kau menyedarinya?
Atau kau masih mampu tidur lena dengan keadaan ini?

Pejuang
Kau adalah lilin
Yang sinarnya menyelinapi antara kegelapan
Segalanya perlu kau terangi
Meskipun bangsamu gah dan agamamu kamil

Tetapi
itu hanya pada nama
Dakapilah aku dengan ketenangan
Moga masa depan mereka
yang kau perjuangkan
Akan bertakhta damai di puncak

Tunggu
Nanti dulu
!!!

Ingat, kau adalah pejuang
Subhanallah
,
Itukah pencariannya
?
Itukah perceraiannya ?
Benarkah ?

Perlukah aku beristiq
arah sebelum menyatakannya ?
Tidak ! Tidak ! Tidak perlu !
Kebenaran yang berputik
adalah jodoh persoalannya

Kau seorang pejuang
Cuba kau ingat sewaktu kau mula-mula datang ke sini
Apa tujuan kau?
Dan apa yang kau bawa, azam sajakah ?
Atau cita-cita saja?
Renungkan semula
Semua itu membawa erti perjuangan
Kau mengerti bukan?

Aku menjadi sayu
Kini kami menjadi satu
Benar-benar menjadi satu
Tangan insafku mengecaikan mira menjadi arca
Tanganku genggam

Terima kasih Y
a Tuhan!

Hasilpena,

Andika 07